Tuesday, 21 November 2017

PROTES CALTEX PENGUSAHA STESEN MINYAK LEKATKAN TANGAN DENGAN 'GAM GAJAH'


Seorang pengusaha stesen minyak Caltex bertindak melekatkan tangannya di lantai menggunakan ‘super Glue’ sebagai tanda mogok kerana mendakwa, Chevron Malaysia Limited (Caltex) mungkir janji.

Gam tangan sendiri, dakwa Caltex mungkir janji
Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi berkata, mogok dilakukan di pejabat Chevron Malaysia selepas syarikat itu enggan bertemunya bagi menyelesaikan isu tuntutan penamatan Perjanjian Pengedar antara Caltex dan pengedar tempatan.
“Sehingga hari ini (semalam) setelah 175 hari sejak tarikh tuntutan penamatan dibuat, tiada sebarang maklum balas diterima.
“Pengusaha terbabit, Fadzilah Abdul Hamid hadir jam 11 pagi untuk bertemu pihak pengurusan tertinggi syarikat, namun sehingga jam 3.30 petang, tiada seorang wakil syarikat bertemunya,” katanya.
Pada Mei lalu, Fadzilah menerima notis memintanya mengosongkan dua stesen minyak di Kelana Jaya dan Kampung Subang.
Tuntutan penamatan bagi kedua-dua stesen itu dianggarkan bernilai melebihi RM700,000.
Sebelum ini, Fadzilah dan pengedar tempatan lain meminta Caltex mengimbangi semua pengedar lain yang ditindas kerana perjanjian tidak adil mereka terima bagi membekalkan minyak di Malaysia.
Fadzilah kemudiannya beberapa kali membuat permintaan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi, namun syarikat itu menetapkan beberapa syarat, antaranya tidak  boleh bertanya mengenai sebab penamatan kontrak dan tuntutan deposit, serta tidak boleh membawa wakil luar dalam perjumpaan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian

No comments: