Tuesday 14 November 2017

KERAJAAN SELANGOR LESAPKAN RM2.95 BILLION ?

Image result for kerajaan selangor lesapkan 2.95 billion

BENARKAH Peruntukan besar kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.95 bilion kepada kerajaan Selangor dipercayai hilang daripada rekod kewangan, dakwa ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Menurut beliau, peruntukan yang disalurkan sejak tahun 2012 kepada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) diseleweng oleh kerajaan negeri yang diketuai PKR.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kenyataan anggaran perbelanjaan dan amaun yang diterima oleh kerajaan negeri perlu dibentangkan dalam Dewan Negeri,” katanya.

Tambah beliau, jumlah itu tidak dinyatakan dalam buku Belanjawan Anggaran Selangor sejak tahun 2012 hingga tahun ini.

Menurutnya lagi, Selangor menerima kira-kira RM500 juta setahun di bawah MARRIS  kerana ia adalah pembayaran wajib yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Saya minta Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan sama ada ini adalah penyalahgunaan peruntukan MARRIS?

“Kita bimbang jika terdapat penyalahgunaan, ia akan berleluasa jika ia tidak ditangani,” katanya semasa sesi pertanyaan, ” kata Timbalan Pengerusi BN Selangor itu.

Sementara itu, bercakap di perkarangan bangunan DUN ,Mat Nadzari berkata rakyat Selangor perlu merasa bimbang  berkenaan kehilangan rekod transaksi RM2.95 bilion itu.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan mengenai status peruntukan itu dan mengapa ia tidak dapat dilihat dalam dokumen rasmi Kerajaan Selangor.

“Selain itu, isu ini juga menimbulkan persoalan sama ada belanjawan Selangor sejak dari 2012 hingga 2017  melanggar Seksyen 14 dan 15 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan,” kata Mat Nadzri lagi.

No comments: