Monday, 13 March 2017

MALAYSIA NIKMATI 7 BERITA BAIK SUKU PERTAMA 2017


Suku pertama 2017 menyaksikan Malaysia menikmati 7 'berita baik' yang memberi kesan terus kepada rakyat walaupun ekonomi global terkesan akibat penurunan mendadak harga minyak dunia.


7 ‘berita baik’ tersebut berdasarkan pandangan penganalisis politik Lim Sian See adalah: 

 i) Kadar KDNK suku pertama 2017 akan terus berkembang bersandarkan kepada peningkatan konsisten dari 4.0% pada suku ke-2 2016 kepada 4.2% pada suku ke-3 sehingga 4.5% pada penghujung tahun lepas.

 ii) Jumlah pelaburan terus negara (FDI) naik 11% tahun 2016 kepada RM207.9 bilion berbanding RM186.7 bilion tahun 2015.

iii) Kadar pertumbuhan eksport negara meningkat dari November naik 7.8%, Disember naik 10.7% dan bulan Januari 2017 naik 13.6%. 

iv) Pelancongan dari luar negara ke Malaysia bertambah dengan pendapatan pelancongan naik 18.8% dari RM69.1 bilion tahun 2015 kepada RM82.1 bilion tahun 2016. 

v) Kuota haji meningkat kepada 27,900 orang tahun ini berbanding 22,300 tahun lepas dan selepas lawatan Raja Arab Saudi baru-baru ini, kuota tersebut dijangka akan bertambah kepada 30,000 orang. 

vi) Kadar nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK berkurangan daripada 54.5% kepada 52.7% pada penghujung 2016. 

 vii) Pelaburan syarikat Saudi Aramco dalam RAPID di Pengerang merupakan pelaburan asing terbesar dalam sejarah Malaysia juga satu pencapaian yang perlu dibanggakan. 3. Kejayaan ini seharusnya diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan penuh kesyukuran. Kerajaan Malaysia adalah antara kerajaan paling aktif dan proaktif dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global dengan menyediakan perancangan dan ransangan untuk rakyat.

Post a Comment