Monday, 27 March 2017

MALAYSIA AKAN BANKRAP KERANA HUTANG LUAR NEGARA YANG TINGGI ???


Singapura yang merupakan negara termaju di rantau ASEAN, merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing dianggarkan bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), mengikut maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!.


Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.

Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.

Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).
Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion). Manakala Malaysia RM800 billion ...

Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).

Beberapa negara Scandinavia yang memiliki tahap sosial yang tinggi juga memiliki hutang asing yang tinggi seperti Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion), Nor­way AS$615 bi­lion (RM2.52 tri­­lion) dan Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion.

Ini bukan kali pertama Singapura menduduki tangga pertama hutang tertinggi di Asean,
tahun lepas juga Singapura berada pada kedudukan yang sama.

Tetapi kalau di Malaysia, puak puak pembenci Najib, pembenci  UMNO dan BN terutama pakatan dan pakatun dari parti cap bunga dan sewaktu dengannya akan “troll” sakan.

Malah pada kedudukan sekarang pun Tun Mahathir melalui juak juaknya termasuk macai cap ayam cuba menakutkan rakyat bahawa malaysia akan bengkrap dari bulan september tahun lalu seperti kata Daim Zainuddin, kemudian dari seprember ditunda kepada 6 bulan lagi seoerti kata A Kadir Jasin pemakan dedak Tun Mahathir.

Apakah sebenarnya asas kerisauan oleh pembangkang berhubung hutang luar kita sedangkan penarafan antarabangsa memberikan 3 A kepada ekonomi dan kewangan Malaysia iaitu A stabil A positif dan A stabil .?

Walhal ketiga agensi penarafan ini meletakkan B kepada ekonomi dan sistem kewangan kita dibawah pentadbiran Mahathir.

2 soalan saya ingin kemukakan kepada macai Mahathir khususnya A Kadir Jasin dan Daim Zainudin...

1. Berdasarkan kerisauan yang dijaja dimana hutang luar bakal menyebabkan Malaysia bangkrap :
Adakah Amerika, Jepun, Britain United Kingdom, Perancis, Jerman  akan bangkrap lebih dahulu jika hutang luar negara yang tinggi menjadi punca sesebuah negara itu akan bangkrap?

2. Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.
Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing termasuklah hutang kereta dan rumah oleh individu...

Soalannya apakah asas bagi menyokong pakar ekonomi FB bahawa rakyat yg tidak berdosa yg perlu membayar hutang negara sedangkan ia dibuat oleh institusi kewangan  individu individu dan firma kewangan sedangkan hutang tersebut dibuat oleh mereka.?

Jangan gelabah tak tentu pasal..

Tulisan
Rozmi Mokhtar

Rakyat yang bijak tidak akan menerima bulat2 apa sahaja momokan pembangkang mengenai negara akan bankrap. Jika benar negara akan bankrap, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menumbangkan kerajaan ? 

Post a Comment