Wednesday, 29 March 2017

'KEJATUHAN' HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL MINGGU INI


Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini menyaksikan penurunan bagi semua jenis.



Menurut laporan media tempatan, bermula dari 12.01 tengah malam 30 Mac ini sehingga 11.59 malam 5 April depan, harga minyak ditetapkan adalah seperti di atas.

Harga baharu tersebut turut menyaksikan kejatuhan masing-masing Petrol Ron 95 sebanyak 17 sen, Ron 97 pula turun 19 sen manakala Diesel merosot sembilan sen.

Pengumuman harga baharu itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Sri Jamil Salleh sebentar tadi.

Menurut Jamil, kerajaan percaya, kaedah yang baharu ini akan memberi kesan lebih baik kerana pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum siap diproses dan kadar tukaran mata wang asing semakin pendek iaitu selama tujuh hari.

“Oleh itu, kadar turun naik perubahan harga akan bertindak balas lebih cepat selaras dengan harga minyak yang diproses di pasaran global.

“Penetapan harga baharu ini akan diumumkan pada setiap hari Rabu dan berkuatkuasa pada jam 12.01 malam Khamis ini dan berakhir pada 5 April hadapan,” katanya menerusi sesi pengumuman di Berita RTM sebentar tadi.

Katanya, bagi pengiraan pada minggu-minggu berikutnya akan menggunakan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukarang wang bagi tempoh seminggu.

“Syarikat minyak serta pengusaha minyak sekali lagi diingatkan untuk mematuhi penetapan harga baharu ini.


“Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga lebih daripada ditetapkan kerajaan.


Post a Comment