Monday, 27 March 2017

2 MANGSA CULIK ABU SAYYAF TEMUI PERDANA MENTERI


Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik lebih lapan bulan lalu di Sabah tiba di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, tiba kira-kira jam 8.05 pagi tadi bersama Presiden Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Turut menunggu ketibaan mereka adalah ahli keluarga yang dibawa dari Sabah untuk bertemu buat kali pertama sejak kejadian.

Datuk Seri Najib Razak berkata, mangsa culik yang diselamatkan iaitu Abdul Rahim Summas, 62 dan Tayudin Anjut, 46, akan diberi rawatan dan ditempatkan di wad kelas pertama Hospital Selayang.
Katanya, mereka akan mendapat rawatan pakar kerana kedua-dua mengalami masalah kesihatan selepas lapan bulan ditahan pengganas. 
“Abdul Rahim mengalami masalah kaki manakala Tayudin tidak dapat melihat berikutan masalah penglihatan,” katanya. 
Najib berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan dua mangsa culik yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di kediaman beliau di sini, pagi ini. 
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada Julai tahun lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, tengah malam tadi.



“Fandy Bakran, 27, Mohd. Jumadil Rahim, 24, dan Mohd. Ridzuan Ismail, 33, diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu,” kata Komander Esscom, Datuk Wan Abd Bari Wan Abd. Khalid.

"Itu saja yang boleh saya sahkan setakat ini, mereka telah diselamatkan," katanya namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa dibawa ke kem tentera Filipina.

Khamis lepas, dua rakan mereka yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abd. Rahim Summas, 63, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.

Tayudin dan Abd. Rahim kini berada di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang dinaiki mereka, ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven di Lahad Datu ketika dalam perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir dengan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum mereka disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Post a Comment