Sunday 31 January 2016

ISTERI PENGARAH FILEM TERKENAL TANAHAIR DITEMUI MATI DI PANTAI ALAMEDA SELEPAS 7 HARI HILANG


ISTERI kepada pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lepas setelah tujuh hari dilaporkan hilang.


U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui WhatsApp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman."

Sebelum itu, pada Rabu lepas U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis: "i love you usah (gail)."



Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakan-rakannya termasuk rakan-rakan seni Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas diadukan hilang lebih seminggu. - Bernama

No comments: