Friday, 5 June 2015

'NOTHING2HIDE' : PM TERUJA NAK HADIR TETAPI............


"Saya begitu teruja untuk datang ke majlis dialog bersama NGO", itu adalah ayat yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada penganjur program 'DIALOG PM BERSAMA NGO' Nothing2hide, SukaGuam petang tadi.


Pun begitu, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tetap mahu meneruskan program tersebut dan akan memberikan satu tarikh lain kelak.

Pagi tadi program Perdana Menteri berdialog dengan NGO sepatutnya berlangsung dan ianya juga dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun program tersebut terpaksa dibatalkan oleh Ketua Polis Negara ekoran dari melihat tahap keselamatan Perdana Menteri serta mereka yang hadir di Dewan Tun Husin On PWTC.

Ramai yang mengatakan bahawa itu semua alasan untuk Najib Razak mengelak daripada hadir ke majlis berkenaan kerana risau untuk bertemu dengan Tun Mahathir yang banyak memberikan kritikan keatas kepimpinan Perdana Menteri hari ini.

Dari apa yang Sangkakala dengar pagi tadi, ada ura ura yang mengatakan bahawa ada pihak yang sengaja untuk mencetuskan provokasi hanya semata mata untuk menjatuhkan kredibilit Perdana Menteri di hadapan khalayak ramai.

Namun apabila program dibatalkan dan setelah semua beredar dari dewan, Sangkakala terpandang satu status yang dinaikkan oleh seorang penggiat laman media yang juga dikatakan adalah admin kepada Kelab Che Det yang menjadi penyokong tegar Tun Mahathir.


Dari apa yang disebut dalam akaun facebook diatas, jelas menunjukkan bahawa kumpulan ini berpuas hati dengan apanyang berlaku dalam dewan pagi tadi.

Persoalannya, adakah kegiatan mereka ini sudah dihidu oleh pihak berkuasa dan kerana itu juga maka pihak polis melalui Ketua Polis Negara membatalkan program tersebut.

Mereka ini menggelarkan diri sebagai 'TENTERA TUN M' yang berkekuatan 50 orang dan dengan bangganya pemilik akaun ini mengatakan bahawa dengan 50 orang 'TENTERA' ini, ianya sudah melebihi 500 ribu kekuatan tentera upahan Perdana Menteri.

Adakah mereka ini memang kaki perang atau memang suka melaga lagakan pemimpin?

Untuk makluman, pihak PDRM tidak hanya memikirkan keselamatan Perdana Menteri, tapi mereka juga memikirkan keselamatan orang awam yang turut sama hadir ke program berkenaan.

Apa yang mengecewakan adalah, Tun Mahathir dikatakan telah meminta supaya dia diberikan peluang untuk bercakap selama setengah jam sama sepertimana yang diberikan kepada Perdana Menteri atas kapasiti beliau adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Apa relevannya Tun Mahathir meminta untuk bercakap sedangkan pihak penganjur sudah pun memberikan kebenaran untuk Tun Mahathir bertanya soalan kepada Najib Razak sama seperti mana mereka yang lain?

Ada yang mengatakan bahawa Tun Mahathir diminta oleh Penganjur untuk memberikan ucapan tapi dari apa yang disampaikan oleh penganjur, sebaik sahaja program dibatalkan, program tersebut sudah pun dibawah pengawasan pihak polis dan adakah kemungkinan bahawa ada orang lain yang menjemput Tun Mahathir naik ke pentas untuk berucap?

Walau apa apa pun, kita nampak hari ni bahawa yang mengatakan bahawa mereka berjuang bersama Tun Mahathir hanyalah dikalangan mereka yang kecewa dan kerana kekecewaan mungkin atas sebab tidak dapat sesuatu daripada Perdana Menteri, maka jadilah mereka ini penghasut tegar kepada Mantan Perdana Menteri tersebut dan yang mengecewakan, sebagai Presiden parti paling lama, Tun Mahathir tidak dapat mengagak dan membaca apa yang dilakukan oleh para pengikutnya atau Tun Mahathir sendiri dikalangan orang kecewa kerana Jambatan BENGKOKnya tidak dibina hingga sekarang. - sumber

1 comment:

jgn jadi bodoh!!! said...

ini la dikatakan minda kelas pertama..luahan bijak..tahniah saudara

I LOVE PM