Friday 5 June 2015

GEMPABUMI SABAH : RAMAI PENDAKI TERPERANGKAP DI PUNCAK KINABALU


KOTA KINABALU:  Berikutan kejadian gempa 5.9 Richter yang melanda Sabah pagi ini, seramai 145 orang dipercayai terperangkap di puncak Gunung Kinabalu dan usaha menyelamatkan telah digerakan bagi membawa mereka turun.


Pengarah Sabah Parks, Dr Jamili Nais mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu sebuah helikopter telah digerakan ke lokasi bagi membantu mereka yang tercedera.

2

Memetik laporan portal The Star, pegawai terlibat bagaimanapun masih belum mengeluarkan angka rasmi di mana dikatakan sekurang-kurangnya lima orang pendaki telah terkena jatuhan batu semasa gempa bumi terjadi lebih kurang satu minit.

Pasukan bomba dan polis termasuk skuad anjing pengsan telah dilihat menuju ke kawasan pendakian terdsebut manakala helikopter sedang berusaha untuk mengangkut pendaki terkandas.

Kebanyakan pendaki telah mula menuruni Gunung berkenaan yang berketinggian 4,095m sebelum matahari terbit apabila gempa bumi melanda pada 07:17 pagi tadi.

Dengan batu-batu granit telah bergolek ke bawah kerana gegaran kuat. Dilaporkan juga bahawa dua chalet di Panar Laban dan Laban Lata telah musnah teruk dan mereka masih menyiasat tahap kerosakan.

Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia mengesahakan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud telah melanda Ranau pagi tadi. - Siakapkeli.my


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam selepas kejadian gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah pagi tadi :








No comments: