Wednesday 22 April 2015

PENAHANAN ISA SAH - TERESA KOK DIARAH BAYAR RM50K


KUALA LUMPUR 22 April - Mahkamah Persekutuan memutuskan hari ini tindakan polis menahan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 adalah sah dari segi undang-undang.

Hakim Datuk Su Geok Yiam yang mengadili kes tersebut berkata, pihak mahkamah menolak tuntutan saman Kok dengan menyatakan polis mempunyai kuasa menahan plaintif di bawah Seksyen 73 (1), Akta ISA.

Pihak ahkamah juga mengarahakan Teresa Kok membayar kos sebanyak RM50,000 kepada pihak kerajaan.

Pada 12 September 2008, Teresa Kok memfailkan saman terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat.

Pemimpin DAP itu ditahan mengikut ISA atas dakwaan menegur masjid untuk memperlahankan azan.


No comments: