Saturday 17 October 2015

SJK (C) KEAT HWA K BUANG JALUR GEMILANG DALAM TONG SAMPAH ???


KUALA KEDAH – Tiga keping gambar menunjukkan longgokan bendera Malaysia, Jalur Gemilang di buang ke dalam tong sampah di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di sini menjadi viral di media sosial hari ini.


Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengundang kecaman umum kerana pihak terbabit dianggap memandang remeh kehormatan panji negara.

Menurut sumber, tidak wajar bagi pihak sebuah sekolah terbabit membuang atau membiarkan bendera Malaysia dilonggokkan dalam tong sampah sedemikian rupa.

Susulan kejadian tersebut, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan tegas kepada individu atau pihak bertanggungjawab untuk mengelakkan kejadian serupa berulang. – SuaraTV

No comments: