Saturday 17 October 2015

3 MAUT NAHAS 6 KENDERAAN DI PLUS ARAH SELATAN IPOH - TRAFFIK JEM KEDUA-DUA HALA


TIGA terbunuh manakala, empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 283, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan Ipoh, pagi Sabtu.
11246021_525501290937735_3120232048756060641_n
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, membabitkan empat buah kereta, sebuah lori dan motosikal serta tujuh mangsa.
12107974_525501200937744_3378028304211950046_n
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.46 pagi manakala anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah dikerah ke lokasi kemalangan.
Ketua Operasi memaklumkan terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas ambulans,” katanya kepada BH Online.


Tambahnya, operasi menyelamat mangsa terlibat masih dilakukan sehingga tengah hari Sabtu.
17kemalangan.transformed_0
Nahas itu turut menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas di lebuh raya berkenaan.
Menurut satu sumber, semua lorong terhalang dan pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif untuk keluar Ipoh. – MYNEWSHUB.CC

No comments: