Monday, 12 October 2015

SIDANG MEDIA TUN M AND THE GENG MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN MALAYSIA ???


Inilah barisan pemimpin lama dan veteren yang bercita-cita untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak. Mereka terdiri daripada seorang Mantan Perdana Menteri, seorang Mantan Timbalan Perdana Menteri dan empat Mantan Menteri. 


Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun!

Ingatkan ada kejutan hari ini dalam Sidang Media di Yayasan Perdana. Kita ingatkan 3/4 daripada Menteri Kabinet atau 3/4 Ketua-Ketua Bahagian yang akan hadir pada Sidang Media ini. Rupanya geng-geng yang sudah menapous! Tidak apa yang menarik di dalam Sidang Akhbar kali ini melainkan barisan 'Gabungan Kecewa' menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan dan mengutuk betapa kejamnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.


Untuk rekod, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara.


Apakah Tun Dr Mahathir sudah lupa? Sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah:

1. Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.
2. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.
3. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.
4. Memberhentikan empat Menteri.
5. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.
6. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.

Adakah Tun Dr Mahathir kurang kejam berbanding DS Najib Razak?



LAGI BERITA DI SINI

No comments: