Monday 12 October 2015

#MH370 - TENTERA FILIPINA SAHKAN TIDAK MENJUMPAI SEBARANG BANGKAI PESAWAT DI PULAU TAWI-TAWI ???


BANGI, Isnin – Harapan rakyat Malaysia untuk mendengar berita penemuan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Mac 2014 lalu berkecai setelah pihak tentera Filipina (AFP) mengesahkan tiada pesawat ditemui di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina dalam satu kenyataannya hari ini.

Portal berita Filipina ABS-CBNnews.com dalam laporannya memetik kenyataan Laksamana Muda AFP, Primitivo Gopo bersama pasukan petugas Zamboanga-Basilan-Sulu-Tawi-Tawi (ZamBaSuITa) berkata, pihaknya segera mengerahkan pasukan untuk ke pulau South Ubian bagi mengesahkan maklumat yang diterima berhubung penemuan bangkai pesawat dengan cat bendera Malaysia di atasnya.

Namun, selepas beberapa jam memeriksa kawasan itu, askar Tentera Laut Filipina tidak menemui sebarang bangkai pesawat tersebut.

Gopo berkata, mereka turut diselaraskan dengan pegawai-pegawai tempatan dan Polis Kebangsaan Filipina (PNP), namun mereka masih tidak mempunyai maklumat mengenai bangkai yang dikatakan itu, seperti yang telah dilaporkan kepada Filipina oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan The Strait Times Ahad lalu, polis negeri Sabah menerima laporan daripada seorang lelaki berkenaan penemuan bangkai pesawat dengan rangka manusia di Pulau Ubian beberapa hari yang lalu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.

Lelaki tersebut memaklumkan kepada pihak polis bahawa bangkai pesawat itu berkemungkinan adalah milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu. -ismaweb

No comments: