Saturday 10 October 2015

NAHAS NGERI - 3 BERANAK MAUT, KERETA MEWAH TERPUTUS BUMBUNG


HULU SELANGOR : Seorang lelaki dan dua orang perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah maut dalam kemalangan di Kilometer 399.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Tanjung Malim, Perak pagi Sabtu.

kemalangan-maut-treler-tg malim-behrang 3
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi itu, mangsa yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh , Ir. Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, bersama isteri, Jamnah Ibrahim, 56, dan anaknya, Nor Juliana, 17, maut di tempat kejadian.
kemalangan-maut-treler-tg malim-behrang 4
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu treler melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori sebelum terbabas dan terbalik lantas melanggar struktur papantanda (gantry sign board) di KM399.6 arah utara dan mengakibatkan struktur papantanda yang berada di tengah pembahagi jalan dan tumbang lalu jatuh ke atas sebuah kereta yang datang dari arah selatan.
“Keadaan itu menyebabkan papan tanda yang terletak di Kilometer 399.9 (arah selatan) itu tumbang dan jatuh menghempap kereta jenis Mercedes-Benz yang dinaiki mangsa. Ketika kejadian, mangsa sedang bergerak di lorong tengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
kemalangan-maut-treler-tg malim-behrang 2
Kereta yang dipandu mangsa dari arah selatan dikatakan tidak menyedari kewujudan palang besi itu di atas dan merempuhnya sehingga menyebabkan bumbungnya terputus.
Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
Berikutan itu, kedua-dua laluan terhalang dan menyebabkan aliran traik sesak sejauh lebih dua kilometer sebelum laluan alternatif dengan dibuka.
kemalangan-maut-treler-tg malim-behrang 1
Al-fatihah.... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan roh orang2 yang soleh dan beriman...

No comments: