Tuesday, 1 September 2015

PAPAN TANDA RUNTUH, MERU-SETIA ALAM SESAK TERUK



SEBUAH papan tanda jalan raya di Batu 4 Jalan Meru, berhampiran Setia Alam, Selangor runtuh akibat tersangkut pada bahagian belakang sebuah lori pasir pagi tadi.

11938055_603203589820525_3200978972421696050_n
Kejadian kira-kira jam 6 pagi tu, menyebabkan laluan menghubungkan Meru dan Setia Alam terhalang, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Tambahan pula, ketika itu merupakan waktu puncak orang ramai keluar bekerja.
11953078_881562435270659_320372644882843813_n
Menurut laporan 1news, jalan tersebut ditutup buat sementara waktu dan pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Meru dinasihatkan  menggunakan laluan alternatif lebuhraya NKVE.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila bahagian belakang sebuah lori pasir tiba-tiba terbuka lalu terkena papan tanda berkenaan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja mengalihkan papan tanda yang runtuh sedang giat dijalankan dan keadaan trafik kembali pulih,” katanya.
Tambahnya,  insiden itu itu menyebabkan jalan berkenaan yang menjadi laluan utama penduduk sekitar Meru dan Klang sesak teruk. – MYNEWSHUB.CC

No comments: