Tuesday 1 September 2015

BIL RM65K KEPADA MARIA CHIN UNTUK BERSIHKAN KAWASAN DEMONSTRASI


PENGERUSI dan penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah akan dilayangkan bil sebanyak RM65,000 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menampung kos tambahan pembersihan kawasan yang digunakan peserta perhimpunan itu.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyarankan agar Maria tidak membelanjakan duit kutipan yang diperoleh menerusi himpunan haram itu bagi tujuan tersebut.
“Tolong jangan belanja habis, saya fikir nak hantar satu bil kepada Bersih bagi jumlah kos tambahan untuk membersihkan kawasan yagn digunakan Bersih.
“Kosnya lebih kurang RM65,000 untuk di kawasan Kuala Lumpur sahaja. Saya harap Maria (Chin) jangan habiskan dulu RM1.5 juta,” katanya memetik Rakyat Post.
Pihaknya dijangka menghantar bil tersebut secepat-cepatnya pada minggu ini.
Menurut Abdul Rahman lagi, tuntutan harga yang diminta itu tidak termasuk kerosakan lain yang dilakukan antaranya kencing merata tempat, selain merosakkan pemandangan, pokok-pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit.
Kesemua kerosakan itu perlu dinilai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu.
“Kos tidak termasuk kerosakan yang dibuat oleh mereka, saya serahkan kepada DBKL untuk berikan bil kepada mereka,” katanya.
Perhimpunan haram Bersih 4 dijalankan dua hari bermula pada jam 2 petang Sabtu dan berakhir tepat jam 12 tengah malam 31 Ogos. – MYNEWSHUB.CC

No comments: