Saturday 26 September 2015

KEBAKARAN DI KHEMAH JEMAAH HAJI DI MESIR - TIADA JEMAAH MALAYSIA TERBABIT


Mina: Tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran di khemah penempatan jemaah haji Mesir, di sini, yang berlaku pada lewat petang semalam.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

“Tabung Haji ingin memaklumkan tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran itu. 


“Semua ahli keluarga jemaah haji di Malaysia tidak perlu risau kerana semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 



Pada Khamis lalu, jemaah haji di sini dikejutkan dengan kejadian rempuhan yang mengorbankan lebih 717 nyawa dan lebih 800 lagi mengalami kecederaan.

No comments: