Artikel yang diviralkan ini http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.my/2014/09/najib-berucap-hanya-depan-rosmah.html ternyata berniat jahat untuk menjatuhkan imej negara kita dan kepimpinan negara.
Gambar dalam artikel tersebut diambil semasa tahun 2014 tetapi terdapat gambar yang dipost adalah gambar semasa pemimpin negara lain sedang berucap.
Perkara seperti ini amat mengecewakan kerana apabila melibatkan negara dan masa depan rakyat kita, berita-berita palsu seperti ini akan memberi mesej yang negatif kepada masyarakat dalam dan luar negara.
Untuk pengetahuan pembaca, rombongan Perdana Menteri DS Najib dan menteri baharu sahaja tiba di New York hari Sabtu waktu Amerika (26 September 2015).
Namun begitu, jadual ketat rombongan Perdana Menteri menanti di New York.
Pada 11.30am, 26/10/2015 acara dimulakan dengan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia bersama Menteri Pengajian Tinggi, DS Idris Jusoh.
Manakala, pertemuan dan Majlis Dialog pelajar Malaysia dengan YAB Perdana Menteri akan diadakan pada 28-10-2015 pukul 4petang waktu tempatan di sini.
No comments:
Post a Comment