KOTA TINGGI 4 Mei - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah melibatkan pukau, ditahan dalam operasi sekitar Taman Sri Saujana, berdekatan Ladang Foh Chong, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata suspek, yang juga pendatang tanpa izin, berjaya ditangkap setelah bergelut dengan polis walaupun dipercayai mempunyai ilmu pukau.
"Polis turut menemui beberapa jenis tangkal yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah.
"Suspek yang berusia 27 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen yang sah untuk tinggal di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sepandai-pandai tupai melompat..................................

No comments:
Post a Comment