Monday, 4 May 2015

ALHAMDULILLAH..... YANA SAMSUDIN BERHIJAB SEPENUHNYA....


PROGRAM Bintang Bersama Bintang malam semalam, agak mengejutkan admin dengan penampilan pelakon popular Yana Samsudin yang bertudung. Nampak kemas, cantik dan anggun sangat.  Walaupun Yana bukanlah kategori pelakon yang digilai admin tetapi penampilan beliau yang berhijab sepenuhnya itu benar-benar sesuatu yang menggembirakan terutamanya peminat dan netizen pastinya....



Memang makin sedap mata memandang apabila Yana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya baru-baru ini. Keputusan untuk berhijab datang secara tiba-tiba buat Yana. Alhamdulillah. Masa muda sudah dibukakan pintu hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Bukan semua orang dibukakan hati semudah ini. 


Menarik juga kisah yang dikongsikan oleh Yana Samsudin tentang penghijrahannya ini. Kata Yana:-
"Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.
Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.
Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba".


Tambah bagus, Yana Samsudin bakal membuang gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di media sosial. Itu satu langkah yang amat baik. Namun sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa dan ada pengecualian, terutama yang berkaitan dengan kerja. Kata Yana lagi:-
"Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.
Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.
Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini".

 

TAHNIAH Yana... didoakan semoga walau apapun yang terjadi dalam perjalanan kehidupan nanti Yana akan tetap kekal dengan imej sebegini  hingga ke akhir hayat.... 

No comments: