Monday, 4 May 2015

ANDY FLOP POPPY PENIPU... ISTERI PERTAMA TIDAK PERNAH SETUJU POLIGAMI !!!

Isteri Terkejut, Tidak Setuju Andy Flop Poppy Berpoligami

Isteri kepada vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy iaitu Nurul Shafizan Othman, 42, tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu.

Shafizan sebaliknya berkata, dia terkejut dengan pengakuan dibuat Andy Flop Poppymenerusi akaun Instagram miliknya dan berharap rumah tangga mereka dapat kembali kepada asal.

“Saya tidak setuju dengan perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan".
“Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut,” katanya kepada mStar Online.
Pada Rabu lalu, Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 43, menerusi akaun Instagram mendedahkan sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Aliaah Abdullah.
Bagaimanapun Andy tidak memberitahu tarikh pernikahan mereka.
Pendedahan itu membuatkan ramai yang terkejut memandangkan Andy sering dilihat mempunyai keluarga bahagia di samping isteri dan tujuh orang anaknya iaitu Megat Daniel Azreen, 23, Megat Zarul Mukhriz, 21, Puteri Adlin Natasya, 18, Puteri Adlin Syafinie, 17, Puteri Adlin Syafinaz, 12, Megat Adam Zakaria, 4 dan Puteri Sumayyah Ramadhani, 10 bulan.
Dalam pada itu, selain menerima ucapan tahniah, Andy turut tidak lari daripada dipandang buruk oleh peminat-peminatnya.
Sementara itu, Andy Flop Poppy yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Andy dan Shafizan telah mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 1991.
Sumber : Mstar

No comments: