SEORANG wanita bertudung menyatakan sekiranya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh berpihak kepada Pakatan Rakyat, dia akan berjalan bogel dari rumahnya hingga ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Kenyataan viral yang dibuat di laman Facebook yang menggunakan nama Diana Kakawa itu telah mendapat perhatian seluruh pengguna laman tersebut seperti dipetik dari portal mynewshub
Gambar wanita bertudung bendera Malaysia yang digunakan Diana Kakawa mula tersebar di laman sosial serta aplikasi whatsapp serta mula jadi perbualan.
Walau bagaimanapun, gambar wanita yang digunakan itu dikatakan bukan gambar sebenar Diana Kakawa yang mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut.
Gambar gadis bertudung manis itu sebenarnya milik Farhaanah Mohamed yang mendakwa dirinya difitnah oleh individu yang tidak bertauliah itu.
Tampil untuk membersihkan kembali namanya, semalam Farhaanah telah membuat laporan polis di atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Dia juga meminta kesemua penulis blog yang menyebarkan berita palsu itu untuk memadam semua entri tersebut serta hentikan semua spekulasi yang tidak benar itu.
Marilah kita membantu membersihkan nama wanita ini yang tidak pasal-pasal menjadi mangsa syaitan mana entah.
Inilah satu bentuk buli siber yang semakin menjadi-jadi di negara ini yang harus dihentikan segera.
No comments:
Post a Comment