Saturday, 9 May 2015

APA ITU 'BETING BERAS BASAH'


1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.

2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.

3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.

Catatan dan pengalaman peribadi pembentang......................


1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.

2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula

4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.

5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.

6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.

7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.

8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.

9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.

10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.

11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah v  ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.

12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti :

a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam 

b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.

13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. 

Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.

14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.

15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.

16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. 

Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.

No comments: