Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto menemplak DS Shahrizat Abdul Jalil seorang insan yang tak pernah menjadi surirumah berhubung dengan isu panas cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Hal ini terjadi kerana masalah-masalah kenaikan harga barangan secara mendadak terutamanya seperti minyak dan beras.
Disebabkan itu, kebanyakan ‘surirumah’ tertekan dan merungut kos sara hidup makin meningkat.
Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga melabelkan kepimpinan wanita UMNO sebagai muka tembok dan suka menghentam pihak lawan.
Selain itu, beliau juga menggesa kesemua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional memohon maaf kepada seluruh surirumah terutamanya di kawasan Permatang Pauh. -Utaranews.com
Cakap macam orang bodoh ... sangat bodoh. Tak sekolah langsung ke gamaknya !!!
No comments:
Post a Comment