Monday 27 April 2015

BUKAN PARTI POLITIK, PASMA DIARAH TUTUP BILIK GERAKAN !!!


PERMATANG PAUH - Niat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menang di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh seolah terbantut apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyerbu bilik gerakan mereka.

Bilik gerakan PasMa yang baru didirikan di Bandar Perda diserbu penguatkuasa SPR yang meminta pihak NGO itu segera menurunkan "banner" kempen yang terpampang di bilik gerakan tersebut.


Arahan menurunkan "banner" tersebut dipercayai kerana tindakan itu menyalahi garis panduan undang-undang kempen pilihanraya di negara ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang arahan dari pihak SPR kepada NGO pro-Pakatan Rakyat itu untuk menutup bilik gerakan berkenaan.

Ketua Penerangan PasMa Pulau Pinang, Nasoruddin Shah Mat yang turut berada di bilik gerakan berkenaan akur dengan arahan tersebut, namun enggan mengulas ketika ditanya Kedahnews.com.

Difahamkan bahawa PasMa telah mengerah kira-kira 1,000 ahli NGO itu ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada PKR setelah dikhabarkan tentang tindakan "boikot" penyokong PAS tempatan terhadap Wan Azizah.

Akar umbi PAS, khususnya sayap Pemuda parti itu dilaporkan bertindak memboikot PRK Permatang Pauh ekoran pendirian PKR yang bersekongkol dengan DAP untuk menolak hudud dan enggan meminta maaf pada PAS.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Adun PAS Pengkalan Kundor semalam memberitahu bahawa PasMa akan memberi jawapan sama ada bertukar menjadi sebuah parti politik atau kekal sebagai sebuah NGO pada Jun ini. -Kedahnews.com

No comments: