Friday 3 April 2015

SIAPA LESAPKAN WANG SIMPANAN DALAM AKAUN ZAMANI SLAM ???


Kalau diikutkan populariti kumpulan Slam, pastinya Zamani mempunyai sejumlah wang yang agak banyak di dalam akaun banknya. Hampir kesemua lagu nyanyian Zamani berhantu, dijual dengan banyak dan seringkali dimuatturun. Namun apabila bercakap tentang royalti, kebiasaannya hanya penulis dan pencipta lagu sahaja yang mendapatnya. Sementara penyanyi seringkali mendapat bayaran secara ‘one off payment’.


Hari ini kecoh sebentar dunia hiburan apabila peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap. Ahmad Zaharil telah memaklumkan yang Zamani telah bertanya ke mana perginya wang di dalam bank akaunnya.

Ada yang pelik kenapa perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Zamani dan mempersoalkan keikhsan Ahmad Zaharil membantu penyanyi tersebut. Namun Ahmad Zaharil ada penjelasan tersendiri.

Tampil mahu menjelaskan keadaan tentang kontroversi wang lesap ini, pengurus peribadi Zamani Slam iaitu Aalan Ahmad memaklumkan dakwaan Ahmad Zaharil itu tidak berasas sama sekali. Malah Aalan Ahmad turut mempersoalkan sama ada pertanyaan tentang wang itu betul-betul datangnya dari mulut Zamani. Kata Aalan:-
Saya sudah bersama Zamani sejak 1994 dan dia tidak pernah cerita apa-apa kepada saya tentang kehilangan wang daripada akaun banknya. Persoalan di sini adakah benar kenyataan itu datang daripada mulut Zamani sendiri? Saya sudah bersama Zamani terlalu lama dan kenapa sekarang baharu isu sebegini ini ditimbulkan. Sekiranya benar apa yang didakwa itu keluar daripada mulut Zamani sendiri, lakukan siasatan kerana sebagai peguam dia lebih mengetahui caranya

Biarlah Zamani fokus kepada pemulihan daripada dadah terlebih dahulu. Kalau boleh jangan bebankan pemikirannya dengan benda-benda sebegini. Duit memang penting. Kalau ada rasa penyelewangan berlaku, terus buat laporan polis. Bekukan akaun terlibat dan buat penyiasatan. Kesian pula Zamani nanti dah pulih dan nak guna duit tiba-tiba duit dah hilang entah ke mana. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

No comments: