Friday, 3 April 2015
KUBUR NIK AZIZ DI PAGAR UNTUK ELAKKAN PERBUATAN KHURAFAT ???
KOTA BHARU, – Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan pagar yang dibina di kubur ayah adalah bertujuan untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah.
Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menafikan ia dibina oleh keluarga, sebaliknya ia adalah atas hasil usaha penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz.
Biarpun pagar itu dibina tanpa pengetahuan mereka sekeluarga, namun Nik Mohamad Abduh berkata dia dan keluarga tidak kisah kerana ia dibuat dengan tujuan yang baik.
Beberapa hari lepas, sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau, tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, lapor Mylaunchpad.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment