Thursday 23 April 2015

KAJANG BANJIR LAGI... WAN AZIZAH SEDANG DI AMPU DI PERMATANG PAUH !!!


Sementara Rakyat Kajang sedang mengharungi banjir petang ini, ADUN Kajang, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berkira-kira hendak mencalonkan dirinya untuk menjadi calon Ahli Parlimen Permatang Pauh. Dr Wan Azizah yang mesra dengan panggilan Nenek Kipas tidak ada masa untuk melayan Rakyat Kajang kerana hari penamaan calon adalah esok petang jam 3.00 (hari ini).


Mana mungkin beliau ada masa untuk melawat dan bergambar dengan mangsa banjir. Lebih baik beliau tumpukan kepada bakal pengundi-pengundi baru beliau di Permatang Pauh. Padan muka kamu semua wahai pengundi DUN Kajang. Pengundi-pengundi Kajang jangan lupa ke Permatang Pauh untuk berkempen untuk Nenek Kipas. Ceritakan bagaimana kasih dan sayang kamu semua dengan Wakil Rakyat kamu. Kita Ubah!!! Hidup Anwar Ibrahim. Reformasi!

Lagi berita... di sini

No comments: