Monday, 9 February 2015

SYAIFUL ZERO AKAN AKHIRI ZAMAN BUJANG, CUKUPLAH HANYA SEORANG 'PEMINAT WANITA'


Salah seorang ahli kumpulan Zero yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali muncul dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Syaiful mengumumkan yang beliau bakal berkahwin selepas tamatnya persaingan peringkat akhir program itu.


Menurut laporan Astro Gempak, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif berkata yang beliau akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini dan jika ada rezeki mahu menggunakan sebarang duit kemenangan sebagai belanja kahwin.

“InsyaAllah, saya akan tamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin. Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu,” ujarnya.

Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati turut mengakui tidak risau dengan status sebagai suami orang kelak dan berkata cukup dengan seorang ‘peminat wanita’ sahaja, sempat bergurau. Tahniah Syaiful dan bakal isteri nanti!

Post a Comment