Monday 9 February 2015

MALAYSIA JUARA SEPAK TAKRAW ISTAF 2015 DAN HARIMAU MUDA JUARA PIALA EMAS BANGABANDHU 2015


KUALA LUMPUR : Skuad sepak takraw negara hari ini melakar sejarah selepas berjaya membenam musuh tradisi Thailand 21-7, 21-19 pada aksi Final Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di MITC Melaka.


Gandingan kapten Farhan Adam, killer Hanafiah Dollah dan tekong Syahir Rosdi sememangnya cukup mantap sekaligus menaikkan kembali nama Malaysia dalam arena sukan sepak takraw yang sebelum ini didominasi pasukan Thailand.



Embedded image permalink

Keputusan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan sepak takraw tanah air bagi mengubati kekecewaan akan prestasi hambar skuad sepak takraw negara sebelum ini.


SG17_071214_AFF

Sementara itu di dalam Bolasepak pula, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda muncul juara Piala Emas Bangabandhu selepas menundukkan tuan rumah Bangladesh 3-2.


Baca seterusnya.... di sini

No comments: