Wednesday, 28 January 2015

POLIS SERBU PEJABAT SUARA KEADILAN, RAMPAS KOMIK ZUNAR


PEJABAT akhbar Suara Keadilan hari ini digemparkan dengan serbuan pihak polis pagi tadi yang turut merampas 155 buku termasuk beberapa naskhah komik karya kartunis terkenal Zunar.
Berita serbuan pada pukul 10.30 pagi itu disahkan kartunis itu sendiri menerusi laman Twitternya.
Bagaimanapun, Zunar yang juga selaku penasihat kepada sidang pengarah akhbar Suara Keadilan memberitahu pihak polis mahu menahannya namun dia kini sedang berada di London.
cartoonkini
“Tiga (judul) buku kartun dirampas. Polis sedang di pejabat saya. Mahu tangkap. Tapi saya di London. Sekarang mereka sedang rampas semua buku-buku saya,” katanya melalui Twitter.
Difahamkan, serbuan itu dijalankan di bawah Seksyen 2 Akta Mesin Cetak, Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan juga Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Zunar mencabar mana-mana pihak yang merasakan dirinya difitnah menerusi karya kartunnya selama ini mengemukakan saman sivil.
“Kalau kartun dirasa fitnah, silakan orang yang terasa itu kemukakan saman sivil. Tiada masalah. Saya bantah guna undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan,” tambahnya lagi.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kerap menarik menarik perhatian umum menerusi karya kartun yang dilihat sering menyindir politik di Malaysia khususnya pempinan kerajaan Barisan Nasional (BN).
- MYNEWSHUB.CC
VIDEO penahanan isteri Zunar kerana jual buku sindir institusi kehakiman

No comments: