Wednesday, 28 January 2015

MEJAR ZAIDI TOLAK JAWATAN DARI KERAJAAN DAP MAHU TUMPU PERNIAGAAN



Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad telah dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong, oleh Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu.
 
Hukuman itu diputuskan oleh lima panel hakim yang diketuai oleh Kolonel Saadon Hassan selepas Zaidi didapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menyiarkan maklumat mengenai pertukaran kerjanya.

Selepas pemecatan beliau dari khidmat TUDM, Parti Pembangkang mulai simpati dengan nasib beliau dan mahu menawarkan kerja kosong di bidang politik di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang mahupun Selangor. Sebelum itu, Zaidi pernah mengatakan hasrat beliau ketika dibuang kerja untuk pulang ke kampung untuk menoreh getah ekoran tiada kerja yang beliau hendak lakukan.

Menurut sumber, Jumaat lalu kerajaan negeri Pulau Pinang menjemput Mejar Zaidi ke pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau. Bagaimanapun dilaporkan Mejar Zaidi terpaksa menolak kerana mahu menumpukan bisnes gula Stevia yang beliau usahakan sejak diberhentikan dari khidmat TUDM.

Zaidi berkata, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu terikat mana-mana kerja lain kerana mahu menumpukan bisnes beliau. Beliau sudah selesa dengan bisnes yang di usahakan dan bebas untuk berjumpa orang ramai

"Buat masa ini saya tidak mahu terikat dengan kerja lain. Semalam pun saya ke Pejabat Timbalan Menteri I Pulau Pinang dan dia tawarkan kerja namun saya masih belum memikirkannya. semata-mata nak bagi tumpuan pada gula Stevia. Masa ini saya lebih senang berdikari dengan perniagaan gula Stevia sebab boleh bertemu orang ramai." kata Mejar Zaidi.

Kini menjadi tanda tanya dikalangan pemerhati politik mengapa Mejar Zaidi tidak menerima tawaran tersebut sedangkan pemimpin Pakatan bersungguh-sungguh membela beliau.

 Bagaimanapun sudah timbul cakap-cakap di media sosial bahawa punca utama beliau menolak pelawaan itu adalah disebabkan kecewa dengan kreadibiliti ahli politik yang menggunakan kes beliau untuk agenda politik dan bukannya di atas dasar pembelaan terhadap polisi ketidak adilan yang menimpa beliau-Alip Danial/UtaraNews.com

Post a Comment