Saturday, 3 January 2015

AZMIN ALI SAHKAN DAP PEMBOHONG BESAR


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menafi dakwaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak bahawa kerajaan Perak menolak bantuan untuk mangsa banjir yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Bercakap kepada NST, Mohamed Azmin Ali menyatakan sepanjang pengetahuannya kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional menerima sumbangan Selangor sebanyak RM 100 ribu untuk mangsa banjir di negeri tersebut.

“Saya tahu bahawa cek tersebut telah diterima oleh oleh Pejabat Menteri Besar Perak awal minggu ini dan kami menerima pengesahan penerimaan.”

DAP Perak sebelum ini menuduh BN Perak sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut kerana menolak sumbangan untuk mangsa banjir dari kerajaan Selangor.

Post a Comment