Saturday 27 December 2014

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DI KG GAJAH DINAIKI AIR, MANGSA DIPINDAHKAN KE MRSM PASIR SALAK


TELUK INTAN – Banjir yang berlaku di Kampung Gajah semakin buruk apabila paras air semakin naik dan pusat pemindahan terpaksa ditutup selepas dinaiki air.



Kenaikan paras air dari 7.58 meter ke 7.8 meter dan sehingga kini terus naik.

Seramai 204 orang mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Dewan Millenium terpaksa berpindah ke MRSM Pasir Salak jam 8 malam tadi.

Jumlah terkini mangsa banjir ditempatkan di MRSM Pasir Salak adalah seramai 514 orang.

Dua buah pusat pemindahan mangsa banjir disini telah penuh iaitu SK Dato’ Sagor yang menampung seramai 624 orang mangsa dan Pusat Latihan Felcra yang menampung seramai 177 orang mangsa. - SuaraMudaAnakFELDA

No comments: