Tuesday 23 December 2014

INILAH DILEMA MELAYU YANG SEBENAR !!!


Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak

Untuk memahami sejarah perpecahan Melayu, kita perlu memahami sejarah “Malay Archipelago” (gugusan kepulauan Melayu) yang hari ini sudah terpecah kepada Selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Brunai, Indonesia dan sebahagian Filipina.


Kerajaan Buddha Srivijaya memerintah sebahagian kepulauan Melayu dari abad ke 7 hingga 13 Masehi, diikuti oleh Kerajaan Hindu Majapahit pada abad ke 13-16 M. Hampir seribu tahun orang Melayu (sic) berada dibawah pengaruh Buddha dan Hindu sehinggalah Islam disebarluas ke rantau ini kira-kira 700 tahun lalu.

Sultan Melaka pertama ialah Raja Parameswara yang berasal dari Palembang melalui Singapura dan menubuhkan kerajaan Kesultanan Melaka pada abad ke-14.

Berikutan perkembangan perniagaan antara China dan India, Melaka telah menjadi pelabuhan utama dan penting kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan kedua-dua negara. 

Perdagangan kedua-dua negara ini dikuasai oleh orang Islam dari India dan China yang diketaui oleh Laksamana Cheng Ho telah mewujudkan hubungan baik dengan Melaka.

Parameswara akhirnya memeluk Islam dan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah. Seluruh penduduk Melaka yang terikat dengan ketaatan dan kesetiaan kepada raja turut ikut memeluk Islam.

Pada 1511, Portugis telah menyerang dan menakluk Melaka. Sejarah mencatatkan antara punca utama kejatuhan Melaka ialah akibat perpecahan orang Melayu. Malahan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali menggunakan fakta kejatuhan kesultanan Melaka akibat perpecahan orang Melayu dalam ucapan-ucapan beliau.

Pada 1641, Belanda telah menyerang dan mengambil alih Melaka dari tangan Portugis dan memerintah selama 200 tahun. Akhirnya, pada 1880-an British mengambil alih Melaka dan mula menggunakan ‘gunboat diplomacy’ bagi meluaskan pengaruh mereka ke seluruh negeri-negeri Melayu.

Orang Melayu hanya mula bercakap soal kemerdekaan apabila Jepun menjajah Malaya (ed. sebenarnya Tanah Melayu) dari 1941 – 1945. Soal kemerdekaan ini muncul kerana pengaruh perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan juga kesedaran bahawa Penjajah Bristish tidaklah sekuat yang disangka apabil dengan mudah tumpas kepada sebuah negara Asia seperti Jepun. (Dan Malaya mungkin kekal sebagai ‘Asian’ jika tidak kerana bom Atom.

UMNO hanya ditubuhkan selepas British memutuskan untuk membentuk Malaysian Union. Pada awal penubuhan UMNO ia bukan sangat untuk perjuangan kemerdekaan tetapi lebih kepada menentang Malayan Union.

Kemudiannya, gerakan Islam di dalam UMNO tidak berpuas hati dengan suasana dalam UMNO yang dianggap sekular dan memutuskan keluar dari parti dan menubuhkkan Pan-Malaysian Islamic Party (PMIP) pada 1951. Di sini jelas Melayu telah berpecah 6 tahun sebelum kemerdekaan lagi.

Selepas kemerdekaan, ketika UMNO di bawah payung Perikatan telah memenangi kawasan bandar dan sokongan bukan Melayu, PMIP atau Pas sekarang ini, mula mendapat sokongan di kawasan “Malay heartland” seperti negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sejak itu Melayu tidak akan bersatu lagi di bawah satu ideologi politik lagi. Dalam sejarah Pas sendiri pun mereka telah beberapa kali berpecah antara konservatif dan liberal (ed. moderate) sehingga mewujudkan BERJASA and HAMIM. Dan krisis dalaman mereka masih wujud sehingga sekarang.

UMNO juga beberapa kali berpecah yang menyaksikan kemunculan Independence of Malaya Party (IMP), Parti Negara, Umno Baru, Semangat 46 and Parti Keadilan Nasional.

Secara ringkasnya, sejarah Melayu selalunya sejarah perpecahan dan persengketaan. Dan malangnya ia masih berlaku sehingga sekarang. Bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman gagal mengelakkan perpecahan.

Tun Dr Mahathir juga tidak dapat mengelakkan perpecahan Melayu, malahan ia berlaku dua kali semasa kepimpinan beliau.

Justeru saya ragu-ragu untuk menyalahkan Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana ia merupakan masalah Melayu yang tidak pernah bersatu sejak lebih seribu tahun lalu.

Inilah Dilema Melayu yang sebenar!

Artikel ini merupakan terjemahan bebas pihak editorial daripada artikel dalam bahasa Inggeris yang bertajuk: “Even Mahathir could not do what he wants Najib to do”]

*Penulis adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan merupakan Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996.

BACA SETERUSNYA...DI SINI

No comments: