Tuesday 23 December 2014

2015 PELAJAR TINGKATAN 6 TIDAK PERLU MEMAKAI UNIFORM SEKOLAH MENENGAH

Imej google

23 DIS : Pelajar yang akan penyambung pengajian ke Tingkatan Enam mulai tahun depan kini dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu.
Malah, batik juga dibenarkan ke sekolah dalam usaha kementerian untuk “menjenamakan semula” Tingkatan Enam dan uniform masih dibenarkan.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof  dalam arahan kepada semua sekolah, lapor TheStar.
Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain.
“Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan,” katanya.
Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’ tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
Dr Khair berkata, walaupun kelonggaran di bawah peraturan baru, pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
Beliau berkata selain baju kurung, pelajar perempuan juga akan dibenarkan memakai seluar panjang atau berpakaian ketat.
Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut .
Manakala seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
“Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T apabila mereka datang ke kelas,” katanya.
Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka.
Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek yang tidak mempunhai imek politik dan ganas serta dianggap negatif.

No comments: