Tuesday, 9 December 2014

DENDAM PENYOKONG VIETNAM GODAM LAMAN WEB FAM


Astro Awani melaporkan.. Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, hanya muka depan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.

Godaman berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam tadi (Ahad) yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "


Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.


Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.


Buat masa ini laman web FAM ditutup sementara waktu untuk penyelenggaraan.


Ini bukan kali pertama laman web persatuan itu digodam.

Insiden sama pernah berlaku pada 2011 dan 2012 atas beberapa isu termasuk harga tiket perlawanan akhir yang mahal.

Hanya segelintir penyokong yang buat onar... seantero negara semua terkena... 


SUMBER  ;  beliabangkit

Post a Comment