Sunday, 28 December 2014

AZNIL PRIHATIN MUSIBAH BANJIR ???


SHAH ALAM - Suasana hiba dan sedih yang melanda pantai timur akibat banjir turut dirasai oleh semua masyarakat tidak terkecualli pengacara popular tanah air , Datuk Aznil Nawawi.


Aznil, 52, dalam satu ‘post’ di laman mikro Twitternya baru-baru ini, turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pendudk pantai timur dan untuk itu beliau berharap agar pemimpin turut merasai penderitaan rakyat dengan mengorbankan masa libur mereka.

Pemimpin turunlah padang. Batal semua ‘trip’ ke luar negara. Bekukan semua cuti ‘time’ negara diuji banjir besar. Jangan rasa PRU14 lambat lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aznil turut berharap negara memberi tumpuan penuh terhadap keadaan banjir sekarang serta melupakan hiburan ambang tahun baharu ketika ini.

“Kami tak perlukan hiburan buat masa ini, salurkan duit kepada mangsa banjir,” tulisnya.


Adakah Aznil tidak tahu pasal ni....

KUALA LIPIS: Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini, Ahad.
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford. - mStar
MB Terengganu di perkarangan hospital Kemaman menziarahi keluarga mangsa lemas di Geliga.



Sultan Perak, Tuanku Nazrin diiringi DS Dr. Zambry Abd Kadir turun padang melawat mangsa banjir di Kerian dan Parit

Nor Saidi Nanyan, Adun Kuah, Langkawi turut melawat mangsa banjir di sana.
*Sekadar kongsi beberapa gambar sahaja...

Post a Comment