Friday 12 December 2014

9 LELAKI BELASAH PENYOKONG VIETNAM DIREMAN 5 HARI


SHAH ALAM : Seramai sembilan lelaki yang dipercayai terbabit dalam keganasan bola sepak di Stadium Shah Alam ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Vietnam ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Kesemua mereka yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian itu, seorang penyokong pelawat cedera ringan diserang sekumpulan penyokong Malaysia.
Insiden tercetus lima minit sebelum tamat perlawanan apabila penyokong Harimau Malaya dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam. 
- BH Online

No comments: