Monday, 10 November 2014

RAJA AZMI DAN EDDIE BAKAL BERCERAI ESOK


JODOH, REZEKI, AJAL DAN MAUT itu adalah ketentuan Allah...Manusia hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan. Setelah lebih beberapa bulan kisah rumah tangga penerbit sensasi, Raja Azmi diperkatakan umum, akhirnya dia mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Eddie Ghazali esok.


Bercakap ketika dihubungi akhbar Harian Metro, empunya nama Raja Azmi Raja Sulaiman walau bagaimanapun berkata, dia tidak mahu membuat ulasan lanjut sehinggalah kes selesai petang esok.
“Ya, memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok.”
Dikhabarkan, pasangan tersebut yang sudah tinggal berasingan selama tiga bulan, bakal bercerai esok di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Umum sedia maklum, rumah tangga pasangan yang diijabkabul pada 13 Oktober tahun lalu dilanda badai selepas dikatakan tidak sefahaman.
Untuk rekod, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan.
Moga-moga, Raja Azmi dan Eddie bersabar dengan dugaan yang melanda.
MYNEWSHUB.CC
Saat bahagia Raja Azmi dan Eddie pada hari perkahwinan mereka.
Saat bahagia Raja Azmi dan Eddie di hari perkahwinan mereka tahun lalu... 


No comments: