Monday, 10 November 2014

HAKIM BENARKAN LELAKI BERPAKAIAN WANITA SENGAJA BUAT KESILAPAN DEMI MATLAMAT POLITIK ???


Penghakiman yg membenarkan lelaki pondan memakai pakaian wanita atas alasan penyakit psychology sungguh mengejutkan.

Satu sebab adalah mahkamah rayuan sivil telah mencampuri ruang kuasa mahkamah syariah.

Lagi mengejutkan, penghakiman yg diketuai oleh hakim pro pembangkang, Dato Hishamuddin Yunos menghukum undang-undang syariah sebagai melanggar perlembagaan.

Padahal beberapa artikel dalam perlembagaan jelas perakui kedudukan istimewa Islam dan institusi Islam untuk mengurus sendiri agama Islam dan jalankan hukuman di atas kesalahan syariah.

Mutakhir ini beberapa hakim mahkamah rayuan dilihat sebagai melanggar prinsip perlembagaan yg mana tiada kebebasan mutlak dan tak berhad.

Precedent undang-undang sudah banyak dan jelas tetapi mereka tidak pedulikan. Penghakiman yang dianggap berat sebelah berdasarkan skrip dan agenda politik pembangkang serta agenda hak asasi manusia interpretasi NGO barat.

Penghakiman dalam kes-kes melibatkan demonstrasi awam, transgender, Teoh Beng Hock dan yg melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang harus dinilai trend berat sebelah mereka.

Malah ada hakim yang dilihat sering menghakimi kes walaupun ada percanggahan kepentingan politik tapi enggan undur diri dari kes.

Baca seterusnya di ABITW SINI

Post a Comment