Dunia maya kali ini kembali dihebohkan dengan tersebarnya video yang memperlihatkan pasukan doktor yang sedang mengeluarkan seekor belut berukuran panjang 125 sentimeter dari dalam perut seorang lelaki.
Lelaki dalam video tersebut merupakan seorang lelaki berasal dari Londrina yang tidak diketahui identitinya. Dalam video itu memperlihatkan pasukan doktor yang sedang melakukan pembedahan dan menarik keluar seekor belut dari dalam perut lelaki tersebut.
Belut yang diapit tersebut kelihatan menggeliat-menggeliatkan tubuhnya dan kemudian dibunuh oleh pasukan doktor yang melakukan pembedahan tersebut.
Video itu mendapat perhatian dari banyak pengguna media sosial dan berjaya membuat sejumlah pengguna media sosial yang melihatnya menjadi terkejut. Namun, belum dikenal pasti bagaimana belut bersaiz besar itu boleh berada didalam perut lelaki Londrina tersebut.
Tapi, ternyata pesakit merasa kecewa terhadap tindakan pasukan doktor yang sengaja merakamkan proses pembedahannya, dan merasa bahawa hospital tersebut sudah memalukan drinya
Ternyata, dalam video itu juga terdengar suara tertawa dari pasukan doktor yang sedang melakukan pembedahan tersebut. Seakan-akan perkara ini sangat lucu bagi mereka, sehingga ketawa.
Kerana merasa terhina, akhirnya penyebaran video ini pun menjadi kes yang harus diselesaikan. Beberapa pihak sudah dipanggil untuk menjelaskan mengenai penyebaran video ini termasuk juga doktor bedah yang membedah lelaki tersebut.
Namun, menurut hasil penyelidikan ternyata kes yang menimpa lelaki malang ini sudah pernah terjadi di China, di mana ada seorang lelaki di China yang juga menjalani pembedahan untuk mengeluarkan belut di dalam tubuhnya.
No comments:
Post a Comment