Sunday 16 November 2014

WARGA EMAS MAUT PEROMPAK RENTAP RANTAI LEHER

Imej google
GUA MUSANG : Seorang wanita warga emas maut selepas tiga perompak bersenjatakan parang merentap rantai emas di lehernya di rumahnya di Kampung Lembaga, di sini awal hari ini.

Sabariah Yusof, 70, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam rompakan pada 2.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata sewaktu kejadian tiga lelaki itu dipercayai warga asing memecah masuk menerusi pintu belakang rumah sebelum memasuki bilik tidur Sabariah dan suaminya Hamzah Doll, 77.
Beliau berkata, penjenayah telah mengikat suami mangsa sebelum merentap rantai leher mangsa.
Kedua-dua mangsa kemudian dapat melepaskan diri tetapi Sabariah pengsan kira-kira sejam selepas itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Saiful Bahri berkata, perompak itu melarikan barang kemas bernilai RM10,000 serta wang tunai RM3,000.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
- BERNAMA

No comments: