Thursday 6 November 2014

MELAYU ISLAM SEBAR AJARAN SESAT.....

Mereka didakwa sebarkan ajaran sesat... tutup muka malu la pulak tu.... lupa ke Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan perkara yang nampak dan ghaib....

Kuala Lumpur : Selepas 14 orang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dua minggu lalu, lapan lagi individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam atas tuduhan mengembangkan ajaran sesat Millah Abraham.

Dua daripada mereka iaitu Mohd Fazil Mohd Yunus, 37, dan Wan Ramlah Megat Deraman, 47, didapati mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain dari agama Islam kepada yang beragama Islam dikenali sebagai Millah Ibrahim atau Abraham.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di premis perniagaan di tingkat dua, Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, antara jam 10 malam hingga jam 10.30 malam, kelmarin.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, enam individu lain ialah dua pelajar Syed Aiman Akmal Syed Ahmad Akmal dan Aizat Firdaus Azmi kedua-duanya berusia 19 tahun; Puteri Najlaa Jaafar, 23, (anak kepada Wan Ramlah); Muhammad Asyraf Ibrahim, 29; peniaga, Raja Mohd Faidzul Draman, 33, serta juruteknik, Mohd Razib Baharudin, 35.
Mereka didakwa bersama-sama di tempat dan waktu sama mengambil bahagian di dalam majlis mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama dikenali sebagai Millah Ibrahim atau Abraham.
Terdahulu, Pendakwa Syarie Kanan Zainor Rashid Hassin memohon Mohd Fazil dan Wan Ramlah direman dua hari lagi bagi pihaknya melengkapkan siasatan serta meminta waran geledah dikeluarkan.
“Ia membolehkan siasatan dilakukan di tempat tinggal tertuduh di Taman Setiawangsa dan Sungai Udang, Klang,” katanya.
Hakim Syarie Mohd Hizwan Mohd Noor membenarkan Mohd Fazil dan Wan Ramlah direman hingga hari ini.
-Metro

No comments: