Thursday 6 November 2014

'SAMSENG' ASRAMA ANAK YATIM TELAH DITAHAN POLIS, BUANG SEKOLAH DAN BUANG ASRAMA

Video buli

INFO yang ingin dilaporkan ialah mengenai buli di asrama Kes 2 berdasarkan gambar di atas... Baca info terdahulu... DI SINI




Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini. 



Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.



 "Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit. "Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan…kes juga sudah dianggap selesai," katanya. 

Berikut adalah maklumat lengkap berhubung kes tersebut : 

Tarikh kejadian 24/5/2014 hari Sabtu antara jam 6 petang hingga 7 malam di Asrama Anak Yatim, Jejawi Perlis. 

Mangsa bernama Nur Azha Saat pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan jumlah pembuli seramai tujuh orang . 

1. Mohd Zaid Mohd Izhan, Tingkatan 2 (Telah dibuang sekolah dan buang asrama anak yatim). 
2. Mohd Talhah Mohd Izhan, Tingkatan 1 (Telah dibuang sekolah dan buang asrama anak yatim). 
3. Mohd Khairy Abdullah, Tingkatan 4 (Diberi amaran kes pertama). 
4. Hafiz Ishak, Tingkatan 3 (Diberi amaran kes pertama). 
5. Irfan Faris Syaifudin, Tingkatan 1 (Diberi amaran kes pertama). 
6. Mohd Farhan Dzulkafli, Tingkatan 2 (Diberi amaran kes pertama). 
7. Mohd Airil Izuan Mat Zambri, TIngkatan 1 (Diberi amaran kes pertama). 

Pihak asrama anak yatim telah membuat laporan polis pada 6/6/2014 kerana selepas tarikh kejadian, sekolah telah bercuti dan pengurusan sekolah hanya mendapat tahu mengenai kejadian tersebut apabila sekolah dibuka semula dan video mengenainya tersebar. 

Laporan polis dibuat di IPD Kangar pada jam 5.05 petang. Selepas laporan dibuat semua pelajar yang terlibat telah ditahan lokap selama dua hari. 

Mangsa dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan laporan polis telah ditarik semula pada 21/7/2014 oleh pihak asrama anak yatim. Sekian laporan saya. 

** Maklumat tambahan, semua pembuli bersekolah di SMK Syed Sirajuddin, Jejawi Perlis dan kesemua tujuh pelajar terbabit telah menandatangani surat akujanji dan jaminan di IPD Kangar. 

Pihak asrama anak yatim menarik balik laporan polis tersebut atas alasan : 

1. Suspek telah mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. 
2. Pihak Jawatankuasa Asrama beranggapan murid yang terlibat masih muda dan tidak berfikir panjang semasa melakukan perbuatan tersebut serta tidak mahu semua yang terlibat mempunyai masa depan yang gelap.  

Tindakan yang telah diambil ialah satu sesi kaunseling dan nasihat telah dibuat kepada tujuh pelajar yang terlibat oleh pihak asrama anak yatim.

KREDIT TO :  manzaidiamn


No comments: