Saturday, 29 November 2014

3 POLIS PENDANG CEDERA DITETAK LELAKI KURANG SIUMAN


PENDANG - Tiga anggota polis cedera ditetak dalam kejadian amuk melibatkan seorang lelaki yang mengalami masalah mental di Lampung Kerkau, di sini semalam.


Dalam kejadian pada kira-kira 1 petang itu, suspek telah menyebabkan tiga anggota polis cedera akibat ditetak di kepala, jari dan kaki.

Seorang saksi, Annisaa Ismail, 35, berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu mengamuk selepas pihak polis cuba memujuk mangsa keluar dari biliknya untuk dibawa ke hospital.

"Masa kejadian saya tengah bakar ikan di luar sebelum nampak dua buah kereta polis masuk ke perkarangan rumah dia. Ada lima anggota polis yang datang ke situ.

"Ada polis yang pergi ke bahagian belakang rumahnya untuk lihat keadaan dan dalam pada masa sama seorang polis masuk melalui pintu depan dan terus ke hadapan bilik dia untuk pujuk keluar," katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama

No comments: