Saturday, 29 November 2014

TERGEMPAR !!! RAMAI 'KIYAI' INDONESIA MENGAKU NIKAHKAN PASANGAN PONDAN !!!


Sesat lagi menyesatkan – itu konklusi yang boleh diberikan terhadap seorang ‘kiyai’ negara seberang yang membuat pengakuan tergempar pernah nikahkan pasangan sejenis kepada portal berita Malaysiakini.

Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah!

Malahan, dia mendakwa terdapat ustaz dan kiyai lain di negaranya turut melakukan tindakan serupa.

Dalam satu sesi wawancara bersama portal berkenaan, dia menyatakan sudi jadi jurunikah kepada pasangan songsang selepas mereka tampil menemuinya dan mengakui saling mencintai.

Lebih mengejutkan oleh kerana Indonesia tidak mengiktiraf pernikahan golongan sejenis, Muiz berkata, dia telah mengeluarkan sijil nikahnya sendiri buat pasangan terbabit.

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula.

Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.”

Entah mana syariat yang dirujuknya, Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.”

Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Singkap ‘kiyai’ ini lagi, sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri.

Malah dia sanggup menyamar sebagai individu gelandangan semata-mata untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

“Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya.

Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekati ilmu agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.”

Bukan menidakkan intuisi murni si ‘kiyai’ Muiz ini dalam usaha mendekatkan golongan mak nyah dengan Islam, namun pepatah ‘niat tidak menghalalkan cara’ amat sesuai menggambarkan senario tersebut.

Mana tidaknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sejarah Nabi Luth dan kaumnya yang mengamalkan orientasi seksual songsang telah dilaknat Allah S.W.T hingga diturunkan musibah. - utaranews


Gambar dari imej google sekadar hiasan aje tau.....

No comments: