Wednesday, 8 October 2014

SIAPA ROSMAH MANSOR ITU SEBENARNYA..... ???


Rosmah Mansor. Org ni aku kenal sebagai bini Perdana Menteri.

Pertama kali nama ni bergegar dlm dunia fb adalah semasa Najib berjawatan TPM bilamana isu altantuya di mainkan puak2 pembangkang. Kononnya altantuya di bunuh atas arahan Najib terkait kerana bahan peledak c4 datang dari kem askar yg mana Najib sebagai Menteri Pertahanan. . Isu yg mula2 di mainkan oleh bloger Raja Petra Kamarudin yg semasa itu menjadi penjilat tegar pembangkang dan penggerak kuat utk menjatuhkan PakLah dari kekuasaan negara.



Bermula dari saat itu bagi mengekang Najib dari menjadi PM bermacam2 isu di bawa utk mencemar kewibawaan Najib namun setiap percubaan gagal. Nama Najib terpelihara baik semenjak dari zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. So tak dak peluru dapat tembak peribadi Najib. Maka peluru mula bralih arah. Cari kelemahan Najib. Kalau x boleh jatuhkan Najib harus cari org yg dekat dengan Najib utk jatuhkan Najib.

Rosmah Mansur yg aku kenal mula2 adalah pada zaman aku keja kilang antara 1998 ke 2006. Ramai budak2 kilang cakap Rosmah ni bekas bini pembaca berita jam 10, Farid Ithmir. Aku pun ikut percaya tanpa usul periksa. Cuma ini saja yg namanya isteri kepada Najib yg aku kenal masa tu. Bekas bini org. Masa ni Najib hanya TPM dan kalau ikut tangga kuasa Umno Najib lambat lagi nak naik. Tak mungkin PakLah lepas jawatan perintah hanya 1 term semasa golden period dia antara 2005-2007. Masa PakLah masih panjang pada masa ni.

2008. Things are turn very worst for Umno dan BN. Mistake yg PakLah buat telah menyebabkan BN hampir tumbang di Putrajaya dengan lagi 30 MP saja tinggal mempertahankan BN dalam Parlimen. Things are getting worst day by day untill ada perancngan Umno utk tukar Presiden dari PakLah ke Najib melalui pelan peralihan. Bermulalah episod baru dalam Umno. Mulalah cerita2 Najib dan familinya menjadi taruhan. Yang menjadi mangsa ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Nama Datin Seri Rosmah Mansor berkumandang hebat semasa Najib menyarung baju PM dan masuk pejabat PM di Putrajaya. Yang peliknya nama Najib tak berapa di kritik tapi nama DSRM yg hebat di kritik seolah olah DSRM pula yg jadi PM. Maka byak lah crita2 tidak enak yang kita lihat berlegar legar dalam dunia media maya. Barang yang tak dak tak dak sengaja di cipta agar apa saja isu yg di buat itu dapat memalitkan kepada Najib sekaligus membebankan Najib lalu momentum tersebut dapat mempengaruhi Najib semasa Pru13. Bukan sedikit crita yg di cipta dan di olah tapi banyak. Terlalu banyak. Dari hal rambutnya, hal tudung, hal fitnah cincin 24juta, hal altantuya yg sampai hari ni tak sudah sudah dan sampai la ke hal2 yg tak perlu di sentuh abis di sentuh. Hal barangan pribadi Romah turut mendapat perhatian seteru seterunya. Bayangkan.....sampai hal saiz baju dalamnya pun menjadi isu dan laku pulak tu isu tersebut sampai masuk jadi kempen pru 13 atas pentas politik pembangkang. Bayangkan.....walhal yang jadi PM dan mengemudi kerajaan ialah Najib bukan isterinya Rosmah.

Isu hal Rosmah yg di bawa kem pembangkang bukan hanya di mainkan oleh group2 mereka malah telah juga sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran golongan pro kerajaan. Appearance Rosmah yg selalu berdiri teguh setia membantu Najib yg selalu di tayang tv sedikit sebanyak juga menyebabkan kebanyakkan golongan wanita termasuk Wanita Umno juga berpendapat Najib kena control ngan Rosmah. Walhal perkara ni tak tepat langsung.

Rosmah has done a great job membantu Najib bermula 2009 sampai ke hari ini dlm peranan ya sebagai isteri Perdana Menteri dan sepatutnya memang begitu.

Cuma kita kadang2 tak faham apa yang sebenarnya para pengkritiknya nak daripadanya. Kehidupan sebagai isteri PM mungkin bagi kebanyakkan org merupakan seolah olah duduk dalam taman syurga. Seolah olah dunia ni ana yang punya. But not for Rosmah. Ia lebih kepada satu beban tapi demi tanggungjawab kepada suami dan negara kerana suaminya kini menjadi harta kepunyaan negara kerana berjawatan PERDANA MENTERI maka segalanya yg crita2 enak dirinya yang tak dak tak dak yg sengaja di cipta terpaksa di telannya begitu sahaja. Sampai ke hari ni masih ada crita crita baru yang pelik pelik pasal Rosmah di cipta demi dengan harapan nak jatuhkan Najib. Tak kurang juga crita2 ini sengaja di olah oleh kem pro kerajaan demi nak jana pendapatan melalui media maya. Hanya sapa yang tau nak buat duit melalui cara ni PAHAM APA YANG AKU TULIS NI.

Rosmah Mansor yg aku kenal bukan melalui cerita dari mulut2 melayu. Kalau crita dari mulut2 melayu Rosmah Mansor itu puaka. Rosmah Mansor itu terlalu jahat. Kalau ada satu cerita dari pantai Timur yg namanya Siti Jalang itu jahat maka kalau ikut cerita dari mulut2 melayu Rosmah Mansor itu 3 kali lebih jahat dari Siti Jalang. Begitulah nasibnya bila dah jadi isteri kepada Najib yg menjadi PM bg insan yg bernama Rosmah Mansor. Sprt yg aku cakap tadi. Rosmah yg aku kenal rapat bukanlah melalui mulut melayu tapi yang membuatkan aku terkedu dan menginsafi diri lalu menghilangkan persepsi buruk aku pada beliau sekaligus menjadi benteng utk mempertahankan maruahnya sampai hari ini adalah bila aku di beri peluang bertemu dengan seorang india ni. Orang ni amat rapat sangat dengan Rosmah serapat Rizal Mansor

Dari cerita2 dan luahan dialah yang membuatkan aku menjadi begitu kesal kenapa nama Rosmah harus di burukkan sebegitu rupa walhal kehidupan Rosmah di Sri Perdana amat berlainan sekali dengana apa yg di ceritakan di media maya berbanding dengan apa yg di beritakan oleh india ini tadi. Org ni bukanlah saudara segama kita tapi penceritaan dia yg megeluh terpaksa menunggu lama pada ada ketika Rosmah sedang mengaji meneras Quran begitu amat mengejutkan aku. Tak termasuk lagi kuliah2 subuh yg di organise Rosmah sendiri di Sri Perdana yang tak perlulah aku sebut di sini utk sapa yg dia beliau buat semua tu. Dan begitu banyak perkara2 yg kita tak mampu lakukan dr segi aturan hidup cara Islam dan perkara2 baik banyak di luahkan org ni tapi dlm bentuk kpd seolah olah menyusahkan dia tapi mengejutkan aku. 


Apa yang aku dengar dari org ni begitu sangat menyentuh perasaan. Sangat2. Dan perkara ni aku dengar pada akhir tahun 2011. Bermula dari detik tersebut ia sekaligus mengubah persepsi aku yg 50-50 itu menjadi seperti yg aku dah cakap tadi. Tapi berbeza sekali dengan cerita2 pelik+fitnah terhadap Rosmah yg berlegar dlm media maya.

Banyak perkara kita tak boleh cakap open kerana melibatkan peribadi sulit isteri Perdana Menteri tapi boleh lah aku simpulkan banyaknya cerita yg tak enak yg di ceritakan oleh seteru seterunya tak lebih kepada parasaan dengki apalagi khianat kerana nama Najib dari segi masalah peribadi, TIADA LANGSUNG. Tapi kalau hal melibatkan kelemahan pentakbiran ITU BIASA. Semua org ada kelemahan but for Najib isu peribadi memang TIADA dan inilah yg di kawal rapi oleh Rosmah. Which is very2 good agar sang suami tak buat mistake. Memang menjadi tanggunjawab isteri utk jaga nama baik suami dan inilah yang di lakukan Rosmah dan inilah juga yang mendatangkan marah dari kalangan orang biasa. Kenapa nama Najib baik sangat.

Pada org biasa kehipan laki bini sebagai PM dan isteri kepada PM itu menyeronokkan. Tapi org tak penah tahu bahawa ada ketika semasa tragedi MH17 sampai 3 hari pasangan ini TAK BERTEGUR SAPA walau dalam satu tempat di Sri Perdana. Sebab Najib susah hati. Dan sbg isteri Rosmah faham emosi tersebut. Bukan senang nak jadi PM kepada semua perkara. Ada waktu yg PM stay alone utk handle certain things.

Jadi kepada pengkritik2 Rosmah aku sarankan sebelum nak balun seseorang tu elok buat research dalam dalam SIAPA ITU ROSMAH MANSOR SEBENARNYA. Jangan sampai apa yg kita bawa tu jatuh fitnah pula pada dia. Aku sebenarnya malas nak sentuh peribadi Rosmah ni sebab pada aku yg dah tahu SIAPA ROSMAH ITU SEBENARNYA rasanya tak perlu lagi kacau dia. Tapi memandangkan ada post semalam pasal Rosmah seolah olah ada cerita baru yang tak enak pasal Rosnah dah nak keluar maka elok aku terangkan serba sedikit pasal Rosmah ni dan nasihat aku HENTIKANLAH nak ngadu domba pasal Rosmah ni. Tak kemana pun. Dan kepada media player side kerajaan pula tak perlu la cipta isu baru dan jana pula nak buat duit dari cara tersebut. seperti yg aku cakap. 



Hanya yg paham bagaimana cara tu di jalankan PAHAM APA YG AKU CAKAP. Isu pasal Rosmah ni pun kadang2 bukan pembangkang yg mula2 bawa. Ia di cipta dengan niat nak buat duit poket lebih di kem pro kerajaan tapi berakhir dengan pembangkang pulak membawa isu yg di cipta itu ke pentas2 ceramah politik lalu menjadi peluru utk mengkritik kerajaan dan Najib.

Jadi nasihat aku hentikanlah..Tak kemana pun. Nasihat free je ni....aku tulis ni bukan nak ampu sapa2 jauh sekali nak minta bayaran apa2. Ikhlas ja ni....  by rakan facebook bernama  
Dieandra Bunga Madiera