Wednesday 8 October 2014

PELAKON TERKENAL HOLLYWOOD PERTAHANKAN ISLAM ???

Ben Affleck

Ben Affleck yang bakal muncul di dalam filem Batman telah berjaya memenangi hati jutaan penganut agama Islam seluruh dunia apabila mempertahankan agama tersebut di dalam rancangan televisyen bersama Bill Maher. Seorang lagi tetamu di dalam rancangan tersebut iaitu Sam Harris tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.


Contoh-contoh dan kenyataan yang diberikan oleh Ben Affleck memang sangat jitu dan padat. Namun ia tetap gagal diterima oleh Sam Harris yang akhirnya mengalah dan memaklumkan yang tidak mungkin dirinya dan Ben Affleck akan mencapai kata persetujuan di dalam isu ini. Sila baca kata-kata awesome oleh Ben Affleck di bawah.



Sebelum ini beberapa pelakon/penyanyi gred A Hollywood seperti Selena Gomez juga telah mempersoalkan tindakan serangan Yahudi terhadap Palestin. Walaupun mendapat kecaman daripada para peminatnya, Selena Gomez tetap utuh berdiri dengan pendapatnya. Semoga kenyataan Ben Affleck ini dapat membuka hati orang ramai untuk mengenali Islam dengan lebih lanjut. Terima kasih Ben Affleck atas usaha anda.